Friday, December 31, 2010

Makan Besar di Tahun Baru

Tajuk: Jalan-jalan Terjah makan
Tarikh: 31-12-2010
Tempat: Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu( rasanya kot)

JOM MAKAN!!! Untuk hari terakhir 2010 saje je nak cari kelainan. Kedai makan berdekatan power Plant Kuala Perlis. Nama kedai dah lupe. Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu.(rsenyer la nanti update balik). Suasana kedai biasa ja, kat luar nampak grand dalam standard. Kedudukan restoran adalah di atas air...interesting!( first reason untuk datang makan di sini)

Usha-usha akhirnya membuahkan hasil iaitu sekor ikan Siakap menjadi santapan. Ikan tersebut di belah dua. Sebelah ekor buat bakar sebelah lagi buat masak 3 rasa. Ditambah pula menu-menu yang lain iaitu tomyam campur, dan tidak asing lagi sotong goreng tepung.

Antara jenis-jenis pelangganyang dapat dikenal pasti di restoran ini adalah jenis segerombolan rombongan-rombongan keluarga. Jenis2 yang survive macam kami adalah jarang sekali kelihatan.

Not bad for the first time. Itulah yang dapat dikatakan untuk menu pada terjah kali nih. Walaupun kuah tomyamnya agak 'ceroi' sedikit, but menu lain dapat melindungi kelemahan tomyam tersebut. Harganya berbaloi untuk menu yang diminta.

Overall 3 star diberi untuk restoran tersebut.



termenung memikirkan masalah negara



menunggu dengan penuh harapan



suasana 'kampung'



ikan bakar separuh. edisi jimat!



senyum:)



teruja tengok ikan separuh



no komen..:)



Monday, December 27, 2010

Ada apa dengan result??

Tajuk: Result Tahun 4
Tarikh: 22-12-1010


Rasanya satu tarikh yang menentu mood sesorang pelajar Unimap mahu pun dari tahun 1 ke tahun 4. Nak tak nak, kena la hadapi dengan tabah. Result dikatakan dapat di access pada pukul 9 pg. Tapi bila nak buka link ke online result, macam2 hal berlaku. result keluar separuh la, xdapat nak buka la, network error la.

Nak buat macam mana, semua student tengah access. Tapi bila dah tahu result, macam2 feel duk terbit dari hulu hati. Apa2 pun Alhamdulillah dan tahniah terhadap diri sendiri kerana memperoleh result yang memadai dengan usaha yang diberikan. Meskipun result untuk subject yang dikatakan susah masih lagi diberi kepercayaan untuk lulus dengan bergaya. Syukur ya Allah.

Kepada member2 yang lain tahniah atas kejayaan masing-masing....







Sunday, December 26, 2010

SiAm Episod 2

Tajuk: Jalan-jalan ke Siam lg
Destinasi: klong ngae-Hatyai-Songkla
Tujuan: Jalan-jalan tgk permandangan
Tarikh: 11-Dec-2010
Pengangkutan: Motosikal-(moto Bad ngn moto Buzz)
Ahli: Aku,Busatari, Bayern dan Bad.



Catatan:


Hasil dari idea perancang utama (busatari), kali nh punya trip nk try jauh sket la, ke bandar Songkla iaitu ke Samila Beach. Pergerakan pada pukul 8.00pg dgn menggunakan 2 biji motosikal berkuasa tinggi (he he he) menuju ke sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam. Seperti biasa, dengan pengalaman yg ada dan dibantu oleh ahli2 yg lebih otai, maka untuk melepasi sempadan menjadi perkara yg mudah. Kali ini, Sempadan agak sibuk dgn org kebnyakan yang hendak pergi ke Siam.

Misi Pertama:
Ke Klong-ngae dan usyar barang bundle. Mengambil masa dalam 30 minit agaknyer. Cuaca yang baik sekali untuk berjalan-jalan. Sarapan pagi kali ini adalah bihun sup thai. Rasa mcm lain dari bihun sup Malaysia. Apa-apa pn Alhamdulillah sedap. Sini rmai juga org islam meniaga buka gerai2 mkn. So byk pilihan boleh dibuat.

Misi Kedua:
Ke Hatyai-Pekan yang sibuk. Selepas sesi usyar2 selesai, moh le ke pekan Hat yai plak. Perjalanan mengambil masa lebih 45minit la jugak. Cuaca pada mulanya cerah, tapi hujan sebentar di pertengahan jalan. Hasil daripada penelitian terhadap cara hidup org2 siam nh, undang-undang jalan raya mereka agak longgar berbanding di Malaysia. Kebanyakan mereka naik moto hanya seorang je pkai helmet, yang duduk belakang suma slamber jek 'free hair'. Tu pun naik moto sampai 3org sekali. Tapi yang respek nya pada motosikal diorng, sumanya moto 4 lejang n scooter. Tak nmpk langsung moto yg 2 lejang. Kurang la sket pencemaran udara.

Destinasi pertama adalah di Yamaha Square iaitu tempat dimana moto2 yamaha dipamerkan. Seperti yang disangkakan, tiada moto 2 lejang disini. Kebanyakannya moto2 scooter. Selepas penat usyar2, gerak ke pusat bandar untuk mencari parking. Aktiviti naik pasaraya, ushar2 kedai tepi jalan dan sebagainya dilakukan. Movie2 pawagam diorang semuanya ditranslatekan ke bahasa siam. contoh Harry Potter cakap bahasa Siam...nice!

Misi Ketiga:
Ke Bandar Songkla-bandar tepi laut. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Ternampak satu peristiwa menarik dalam perjalanan. Kalau di Malaysia, Polis traffik berdiri kat tegah2 kawal lalu lintas, di Siam polis berdiri kat tepi tiang traffic light kawal lalu lintas pakai remote button lampu isyarat..haha. Aktiviti di Songkla melawat kawasan tumpuan pelancong seperti samila beach, Tang Kuan Hill, Golden Mermaid dan sebagainya. Rata2 tempat parking suma free. Ada yang berbumbung siap guard jaga tapi free....good!

Kesimpulan: another nice trip!! Ha Ha Ha...





buzz

bayern ngn bad


hehe..da smpai..



samila beach



Tang Kuan Hill



pecut2...


yamaha square


Pergh...


senyum..:)

SiAm episod1




Untuk catatan peribadi:
Tajuk: Trip melancong ke Siam
Destinasi: klong ngae-tempat penjualan barang-barang bundle murah kat blah selatan siam
Tujuan: cari barang-barang bundle yang dikatakan murah(mencari kebenaran kata2 mmber)
Tarikh: 30-10-2010
Ahli: Aku, Buzz, Bob




Pergerakan pada pukul 7.30 pg menggunakan motosikal no plat PHQ6959, seramai 3 orang ahli(termasuk aku le..) gerak la ke sempadan siam sebelah bukit kayu hitam...pertama kali keluar malaysia pkai moto....terkaget sebentar ....tapi dengan bantuan ahli2 yg lain yg agak berpengalaman, dapat la melepasi sempadan sebelah malaysia, dan juga sebelah siam. Suasana agak legang sedikit, mungkin awal pagi rmai yang x smpai lagi agaknyer.

MISI pertama: cari Money changer di Danok....lepas sempadan sikit je... tak susah cari....misi selesai!

MISI kedua: gerak ke klong ngae- mengambil masa dalam 30minit dari sempadan disusuli dengan hujan. Misi selesai dengan keadaan basah...(hujan la katakan)

MISI ketiga: mencari kedai mkn dan ronda kedai bundle....untuk makluman...kat siam nih agama diorang bukan islam...so kena la berhati2 sket cari kedai mkn nh...kang silap msuk kedai naya ja...kat sini ramai juga yang reti cakap melayu upernyer...tapi ala2 kecek klate la sket...so sesi jual beli pun berjalan agak lancar....misi selesai dlm jam 12.30tgh.

Pulang melalui sempadan padang besar....sempadan agak sibuk dan mengalami sedikit kesukaran...smpai kolej kediaman dlm pukul 2.30ptg.....

Kesimpulan: nice trip....hahahahha

Saturday, October 23, 2010

Saya bukan Serba boleh....

Asal la ari nh hati rasa x tenang jek aaaa? Satu2 test, present dihadapi dgn perasaan yang gelabah,gabra,cuak dan pasrah...padahal lagi satu minggu je lagi nk masuk stdy week. Tapi untuk menghadapi minggu terakhir nih betul2 memberi satu tekanan jiwa yang berpanjangan. xabis2 dgn mini projek yang sekadar buat untuk melepaskan diri saja, bkn phm dan siap sepenuh pn.

Risau pn ada, nak harapkan final....haiz....alamatnyer...hmmm tapi nk wat cmne?
Salah sendiri jugak, masa free main ja keja, baru sekarang tahu mmg tahun 4 mmg tahun yang paling Jiwa Kacau...hahahahaha.Bukan senang cek oi universiti nak lepaskan dak2 die dpt degree!! HAHAHA

PADAN MUKA!!!!

Saturday, September 25, 2010

Hari yang Mendung- part 1 (literature review)

Fyp aku semakin tiada progress....makin banyak bacaan makin kurang pemahaman....hahaha
Hari nh ak baca satu jurnal dari :

Amir kabir University,Iran Calculating SAR in Two Models of the Human Head Exposed to Mobile Phones Radiations at 900 and 1800MHz.
S.Khalatbari, D.Sardari, A.A.Mirzaee, H.A.Sadaļ¬

tajuk dia nih ada la little bit similar with my title, so buat la bacaan sendiri. isi kandungan mmg menarik. Kat sini diorang pkai 2 model kepala buatan yang satunya mempunyai 3 layer kat dalam dan menamakan layer tersebut dgn brain, skull, n muscle skin. Setiap layer tu mempunyai dielectric memasing. Satu lagi model mempunyai material yang mempunyai dielectric yang sama dengan brain nyer dielectric. oooo cmtu rupanya..baca lagi..

2 kind of model nih nak ditest kat antenna 900 and 1800MHz yang masing2 terdiri daripada monopole and dipole antenna.

Method yang digunakan ada 2 iaitu, FDTD method computation and experimental measurements
skarang sngkut kat FDTD nh...ap tuh FDTD??
FDTD tu adalah finite difference time domain. tp apakah FDTD? nh yg kene cari plak nh...inilah msalah literature review...berkaitan antara satu sama lain...

Friday, September 24, 2010

A bit of summary for FYP

To determine:-
  • The effect of different positions on the mobile phone antenna’s performance in terms of radiation and efficiency.
  • The peak spatial specific absorption rate (ps-SAR) averaged over a mass of 1g.
  1. A human body phantom will be designed and constructed. The physical phantom will be based on agar, a solid gelling material.
  2. A mobile phone will be placed in the grip of the hand of the phantom.



Cubaan untuk memahami tajuk bermula....

final year project title

My tittle for FYP:-Study and development of physical human body phantom for measuring the specific absorption rate of using mobile phone.

Supervisor:- Dr. Mohd Fareq bin Abd Malek.

Permulaan yg Baru

disebabkan ketiadaan logbook untuk fyp, i try to make this blog as my logbook.... hopefully la...
dan utk itu, maka kandungan isi blog nh akan menjadi skema...harap maklum...untuk bacaan sendirik sahaja...klu org len baca xphm xpyh nk wat2 paham....sekian..

Thursday, April 22, 2010

Part 2- Trip ke Pekan Pahang

Sambungan daripada post yg lepas....lepas terus ke laut, ombak waktu malam mmg dasyat, smpai penin pale dibuat dek ombak tersebut, tp aku ttp kool...heheheheh....mana xnyer da telan ubat thn mbuk laut 2bijik...smpai lubuk yg pertama....abg aku, along terus 'memunggai' tali joran nya ke dalam laut yg serba gelap dek malam. xsmpai 2minit erus diragut oleh ikan yg telah memakan rasuh yg diberi..hahahah. boleh than besor jugok ikan tue....disebabkan ikan itu jgk...terus ahli pancing yg lain panas pnggung...dgn pantas merasuah ikan2 dgn umpan isi ikan.

Tapi tgu pnya tunggu xdpt2....so laut pn mkin gelora mata pun mkin sayup dan kepala pn mkin penin...tido la jwb nyer...hahahah...zzzz...tiba2 ada org jerit dpt ikan, rupa2 nya along yg dpt. jenis ikan, ikan barakuda(kekacang). bgun awal upanya bro nh...xsabar la tuh. tp lpas solat subuh atas bot, rezeki datang mencurah2, rasuah yg diberi mengene...alhamdulillah. Disamping itu juga, menghayati matahari terbit...Subahanallah, indahnya ciptaan Allah... laut yg kebiruan, jernih xterkata.....

Alhamdulillah rezeki mencurah2...syukur...hasil yg dpt xterkata byk nya....bg nelayan nmpak skit, bg pemancing yg mcm kami nh byk la tuh....Satu trip memancing yg berbaloi...Tuan bot pn mesra alam...awak2 dia pn ramah....nk mancing pn senang....


Moral of this Story: rezeki ditangan Allah...kita hya merancang Tuhan yg menentukan...

Sunday, March 21, 2010

pindah rumah lg!!!!

Haiz...pindah rumah lagi...untuk bulan empat nh ak nk pindah umah sewa ke umah senior yg menawarkan sewa RM50 je sebulan...hahahah...letrik ngn air xyh bayar...ditanggung beres...

Rumah sewa skrg flat taman tuna kne byr RM 70 sebulan/sorg ....air dan letrik kena bayor plak tuh.. so dengan adanya jemputan nh...peluang yang ad jgn ditolak...kompom terui pindah...jauh sket dari tmpt LI pun takpa...asal murah...
rumah sewa nih besar...2 tingkt ad ekon lg tuh..mmg styl...credit to kimi...

Friday, March 12, 2010

Trip to Pekan Pahang-Laut Dalam

PROBING METHOD: BOTTOM FISHING,CASTING,DRIFFTING, APOLO USED....

LOCATION: PEKAN PAHANG, LAUT DALAM
TOTAL WEIGHT: TAK TERKIRA KG.

BIGGEST CATCH: BAYAN KOT(unknown kg)

COST: RM 700 (SEWA BOAT) belas kasiaN pyer harge.


Pada 6-7 mei 2010, telah belaku satu peristiwa besar yang mungkin membuatkan poket kering dengan serta merta tetapi valueable for experience and kepuasan hati yang tinggi.
Satu trip yang berbaloi untuk pergi. Dengan RM 700 bahagi 3, (bot sahaja),trip kali ini Berjaya dengan sepenuhnyer walaupun perancangan dibuat dengan keadaan yang suntuk.

Sebenar nyer, trip minggu nh ke lokasi sabak bernam dgn kekuatan seramai 6 org untuk mengacau ikan-ikan di laut sebelah pantai barat. Tapi apakan daya, kejadian alam semulajadi telah membantutkan usaha kami memburu ikan-ikan yang kelaparan. Walaupun waktu yang dipilih sgt molek dan cantik, kuasa Tuhan boleh megubah segalanya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Air begelora dan angin yang kuat berpunca dari gerakan plat-plat bumi pada Negara-negara jiran menyebabkan perancangan untuk memancing bertukar.

Onar dari Pahang menerjah ke pikiran otai group menyebabkan peristiwa telepon menelepon berlaku.hehehehhe….
Dengar cite ebek menyerang pantai timur. So kos yang di rangcang pada mulanya meningkat sedikit dan jarak perjalanan bertambah. Ahli mula merasa ragu-ragu kerana masalah kewangan(phm2 saja la) . peluang bukan senang dicari. Terjah ttp terjah. Dgn kekuatan skarng seramai 3 org, maka bermula la operasi mengacau ikan di perairan pantai timur. HAHAHA….

Operasi dimulakan dengan majlis ramah mersa dgn tekong bot dan sesi mengenali bot…
Berlepas dalam pukul 11.30 mlm, bergerak ke jeti muara, dan berehat sebentar sembang dgn tekong ngn awak2 die….awak2 die sorg je….tp sempoi…sme umur dgn aku.
Lepak kat jeti sekejap je….xthn nk tgu lme….jalan terus masuk laut…hahahaha….

Ok….story nh sambung untuk part lain pulak….ade keje len nak kene buat…

Wednesday, March 10, 2010

Latihan Industri/praktikal@sapura

Sekarang nih aku tgh buat praktikal dekat Penang...Besa la dah tahun 3...msti la u paksa p praktikal....
u aku nh pelik sket....universiti lain praktikal kalu degree la 3 bln jek, tp aku dekat 6 bln.
Pastu plak, Masa tahun 3 plak tuh, Abes jek praktikal masuk u blik.
Tapi xpa, sbb U nh tmpat ak membina kerjaya aku, aku ttp sokong U ak!!!

Tmpat praktikal aku Sapura Defence. HQ dia kat KL, kat Penang nh Branch dia jek.
Kat sni special sket, sbb bgunan die dalam pangkalan udara Butterworth.(Royal Airforce Base).
Waaa....styl dak? hehehehe
Tiap2 pagi aku nampak jet, heli tgk takeoff. Memang styl.

Pagi2 bgun awal p keje, rempit naik moto PHQ6959...masuk opis dlm pukul 8.00am blik 5.30pm
Yang leceh nyer, tiap2 aku kne tahan ngn guard TUDM (unit PROVOS) diorang nh jaga kluar masuk kenderaan xkira la moto ka, motokar ka, bangla ka...sumanya jaga.
Kawalan pya la ketat. Nsib baik ak ad pass masuk, klu x kna la tingal kad pengenalan kat pondok PROVOS tuh...
Tapi yang peliknya, mcm mana engine jet bolah hilang kalau kawalan ketat cam ak kena...pelik2.


Kat sapura nh buat maintenance untuk flight simulator jet Hawk ngn F/a 18.
ak wat mse nh kne attach kat Workshop jek...repair barang2, power circuit, sume aku bedal....

Tapi ok la...at least dapat gak ilmu tuk masa depan...kat u blum tentu bolah dapat ilmu tuh..hehehehe.

la nh aku ngn staf sapura da kamcing...cam gula ngn air...boleh larut sekali...janji mkn free...hhahahaha

stakat nh lu ak nk merapu...klu aku terdetik nk bukak blog nh aku update lg....

menyemak kat page sendirik....hahahahah

waaa....lama sudah ak x update blog nh...password pn lupa...hahahha.
try n error ja nh....
msti xdak org bkk blog ak nh...ley aaa ak suka ati tulis kat sni...

skrg ak nk wat pe ek??