Sunday, December 26, 2010

SiAm Episod 2

Tajuk: Jalan-jalan ke Siam lg
Destinasi: klong ngae-Hatyai-Songkla
Tujuan: Jalan-jalan tgk permandangan
Tarikh: 11-Dec-2010
Pengangkutan: Motosikal-(moto Bad ngn moto Buzz)
Ahli: Aku,Busatari, Bayern dan Bad.



Catatan:


Hasil dari idea perancang utama (busatari), kali nh punya trip nk try jauh sket la, ke bandar Songkla iaitu ke Samila Beach. Pergerakan pada pukul 8.00pg dgn menggunakan 2 biji motosikal berkuasa tinggi (he he he) menuju ke sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam. Seperti biasa, dengan pengalaman yg ada dan dibantu oleh ahli2 yg lebih otai, maka untuk melepasi sempadan menjadi perkara yg mudah. Kali ini, Sempadan agak sibuk dgn org kebnyakan yang hendak pergi ke Siam.

Misi Pertama:
Ke Klong-ngae dan usyar barang bundle. Mengambil masa dalam 30 minit agaknyer. Cuaca yang baik sekali untuk berjalan-jalan. Sarapan pagi kali ini adalah bihun sup thai. Rasa mcm lain dari bihun sup Malaysia. Apa-apa pn Alhamdulillah sedap. Sini rmai juga org islam meniaga buka gerai2 mkn. So byk pilihan boleh dibuat.

Misi Kedua:
Ke Hatyai-Pekan yang sibuk. Selepas sesi usyar2 selesai, moh le ke pekan Hat yai plak. Perjalanan mengambil masa lebih 45minit la jugak. Cuaca pada mulanya cerah, tapi hujan sebentar di pertengahan jalan. Hasil daripada penelitian terhadap cara hidup org2 siam nh, undang-undang jalan raya mereka agak longgar berbanding di Malaysia. Kebanyakan mereka naik moto hanya seorang je pkai helmet, yang duduk belakang suma slamber jek 'free hair'. Tu pun naik moto sampai 3org sekali. Tapi yang respek nya pada motosikal diorng, sumanya moto 4 lejang n scooter. Tak nmpk langsung moto yg 2 lejang. Kurang la sket pencemaran udara.

Destinasi pertama adalah di Yamaha Square iaitu tempat dimana moto2 yamaha dipamerkan. Seperti yang disangkakan, tiada moto 2 lejang disini. Kebanyakannya moto2 scooter. Selepas penat usyar2, gerak ke pusat bandar untuk mencari parking. Aktiviti naik pasaraya, ushar2 kedai tepi jalan dan sebagainya dilakukan. Movie2 pawagam diorang semuanya ditranslatekan ke bahasa siam. contoh Harry Potter cakap bahasa Siam...nice!

Misi Ketiga:
Ke Bandar Songkla-bandar tepi laut. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Ternampak satu peristiwa menarik dalam perjalanan. Kalau di Malaysia, Polis traffik berdiri kat tegah2 kawal lalu lintas, di Siam polis berdiri kat tepi tiang traffic light kawal lalu lintas pakai remote button lampu isyarat..haha. Aktiviti di Songkla melawat kawasan tumpuan pelancong seperti samila beach, Tang Kuan Hill, Golden Mermaid dan sebagainya. Rata2 tempat parking suma free. Ada yang berbumbung siap guard jaga tapi free....good!

Kesimpulan: another nice trip!! Ha Ha Ha...





buzz

bayern ngn bad


hehe..da smpai..



samila beach



Tang Kuan Hill



pecut2...


yamaha square


Pergh...


senyum..:)

2 comments:

Haziq said...

lokceng tarak??

Muhd Sofi said...

ada2..hahaha murah2 lg...yg byk jual org islam...