Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Sunday, November 15, 2015

Memori dari Qatar

Assalamualaikum,

Dah bertahun lamanya sejak aku tinggalkan blog ni dengan cerita-cerita basi yang dulunya mengisi masa bosan aku. Agaknya ada tak lagi kawan-kawan blog yang masih aktif mencari feed blog masing-masing untuk part time income. ha ha ha.


Tetiba je aku teringat balik blog reject ni dan tergelak sorang-sorang baca balik post-post bosan aku yang lama.



Banding aku yang dulu, aku pun dah bekerja, la kat Qataq pulak tu. Angan-angan aku dulu nak jadi seorang engineer dah dapat, nak merasa duit gaji sendiri  pun dah dapat, keja oversea pun dah rasa... Alhamdulillah rezeki dari Allah. Tapi makin jauh aku pergi, makin kerdil aku rasa diri aku ni.

Dulu time student, berasa syok dan tak sabar sangat nak kerja haha. Tapi bila dah kerja baru tahu bukan senang nak senang.


banyak yang dah berubah... ya termasuk la diri aku ni. masa banyak mengajar aku erti kehidupan. cewah ayat hehe..tapi betul setiap hari akan ada cabaran yang akan aku lalui untuk mematangkan kehidupan diri aku. aku harap aku dapat beristiqamah dalam mencari kehidupan yang aku nak. Ni kisah aku, pengalaman aku. suka hati aku. haha


Dulu time keja kat Malaysia, aku duk pikir syok kalau dapat kerja kat luaq. Tapi sejak kerja kat Qataq ni, aku duk berasa MALAYSIA ni syok sangat. tak best betui duk Qataq ni haha!. Duk pikir balik betui la orang cakap, manusia ni tak pernah nak puas! so padan muka aku! hahaha....


Syok gak sekali sekala dapat menulis balik dalam blog reject ni.


Sekadar cebisan memori dari aku yang sekarang. :)


Regards,

Muhd Sofi | Qatar 15-11-2015







Monday, January 17, 2011

Gambar Pelaris dulu dan kini

Tarikh: 17-01-2011

Pagi nih tetiba lapar la pulak. Aku pun pergi la keluar cari makan. Jam dah menunjukkan dalam pukul 2.10 a.m. terjumpa kedai burger area Pekan Kuala Perlis. 'burger daging satu bang!'. Bro gerai burger tu pun menjawab ' Okeh beres!'. Sambil menunggu burger tersebut siap disatukan, aku ternampak sesuatu yang telah menyebabkan aku terfikir kisah-kisah time aku kecik dulu. nak tahu? Gambar poster Almahrum Sultan kedah yang ke 25, Sultan Abdul Hamid Halim.

Masa aku kecik dulu, aku pernah terfikir mengapa kebanyakan kedai-kedai sekitar negeri Kedah kebanyakannya mempamerkan gambar poster Sultan Kedah yang ke 25. Memang la bagus kita letak gambar pemimpin kita. tapi kenapa mesti letak gambar Sultan Abdul Hamid? kenapa tak letak Sultan-Sultan yang lain? Satu persoalan yang telah dilontarkan kepada abah aku.

Dan beliau menjawab, kononnya pada masa pemerintahan Sultan tersebut, apabila Sultan mencemar duli , singgah ke kedai-kedai yang ingin disinggah, maka kedai tersebut akan 'laku'. bermakna kedai tersebut dapat 'ong'. Maka rumor-rumor tersebut telah tersebar dengan meluasnya ke seluruh pelusuk negeri kedah, mana-mana kedai yang tidak disinggahi oleh baginda Sultan mula memikirkan cara bagaimana hendak mendapat 'ong' untuk kedai mereka. Oleh itu, akibat daripada hasil-hasil pemikiran kuno, maka terbitlah cara yang dikatakan boleh melariskan kedai mereka, iaitu meletakkan gambar Sultan Kedah pada masa itu. Letak gambar pun jadi lah...dan perbuatan-perbuatan ini telah menjadi ikutan sehinggalah ke hari ini.


Tapi mungkinkah cara-cara tersebut boleh memesongkan akidah islam? iaitu mempercayai benda-benda lain selain dari Allah S.W.T yang boleh melariskan rezeki mereka? Bukankah itu telah menjadi syirik namanya? dan bukankah hukumnya mempercayai syirik adalah berdosa besar?? Nauzubillah...moga-moga dapatlah kita menhindari perkara-perkara yang dapat memesongkan akidah kita. Wallahualam bissawab.

klik sini untuk yang nak tahu maksud syirik dengan lebih mendalam.

Dalam al-Quran(rujukan: tafsir al-Quran ) pun dah menyebut:

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." surah az-zumar (39):65

Renung-renungkan..:)

Sunday, July 6, 2008

Fadhilat Bulan Rejab


Alhamdulillah...akhirnya bulan Rejab datang lagi dgn seribu ketenangan dan fadhilatnya..marilah sama-sama kita memperbayakkan amal ibadat kita dalam bulan yg penuh kesyukuran nh. Dlm bulan Rejab nh amalan yg tebik ialah berpuasa. So, mari sahabat2 kita berpuasa di dlm bulan Rejab nh. Byk fadhilat yg kita boleh dapat sebab bulan Rejab adalah bulan yg sangat dimuliakan dalam Islam.

Antara fadhilat yg kita boleh dapat:-
>Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
>Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
>Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
>Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
>Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
>Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
>Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
>Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
>Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
>Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
>Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
>Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
>Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).



Antara kelebihannya yg lain ialah
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Byk lagi fadhilat di dalam bulan Rejab nh.
So dari sini kita boleh nampak berapa besarnya fadhilat yg kita boleh dapat dlm bulan Rejab nh.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Inilah keistimewaannya keagungan bulan Rejab yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. Kita selaku umat Islam perlulah bersyukur dgn kurniaan yg diberikan oleh Allah di dalam bulan Rejab nh.

kesimpulannya, bulan Rejab yg penuh keberkatan ini haruslah kita isi dengan amal ibadah sbb pintu rahmat terbuka luas
terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh untuk bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Sama-samalah kita beramal.Insyaallah.:-)

Friday, June 20, 2008

Al-I'tiraaf

Mungkin sebahagian dari kita sudah sangat familiar dengan nasyid ini. Tapi, tahukah kita dari mana nasyid ini berasal? Siapa pengarangnya?

Tersebutlah kisah seorang Sahabat yg baru kembali dari medan perang. Saat berada di pintu rumahnya, secara tidak sengaja tiba-tiba nampak olehnya betis seorang perempuan. Perempuan itu adalah isteri sahabatnya yg ketika itu sedang bertamu di rumahnya. Seketika itu juga ia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya, menuju tempat yg sepi, selama bertahun-tahun, untuk bertaubat kepada Allah SWT atas ketidaksengajaannya. Rintihan taubatnya itulah yg sekarang sering kita dengar dalam lagu Al-I'tiraf.

Disini diantara bait-bait atau lirik yg sy dapat selitkan untuk maklumat atau bahan bacaan.


Malay Lyrics (by Raihan)

Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhan-ku

Wahai Tuhan... selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu


Versi Arab..

judul itiraf
(Al-I'tiraaf)

bait 1
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
bait 2
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi
bait 3
Dzunuubii mitslu a'daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
bait 4
Wa 'umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
bait 5
Ilaahii 'abdukal 'aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da'aaka
bait 6
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka

Friday, June 13, 2008

SOLAT TIANG AGAMA


Kelebihan orang menunaikan solat

Solat adalah amalan yang pertama sekali di hitung oleh allah.oleh itu jika kita tidak solat,maka semua amalan lain tidak diterima.jadi adakah layak kita masuk surga allah yang mana pada masa itu hanya surga dan neraka yang menentukan nasib kita pada hari kiamat nanti

orang yang menunaikan solat dengan betul dan sempurna akan mudah mendapat rezeki daripada allah.jadi cuba kita muhasabah diri adakah solat kita sudah sumpurna?jika belum pastikan solat kita sempurna sebelum ajal tiba

akan mendapat syafaat dan mukanya bercahaya diakhirat kelak nanti sebagai tanda orang yang beriman

Balasan orang yang meninggalkan solat

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak

perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan

ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang

perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.

Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di

dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang

dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan

kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau

begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan

untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000

orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi

kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari

kelemahan saya yang nyata.