Wednesday, January 12, 2011

What to do??

Tema: Suasana selepas 'berperang'
Tarikh: 12-1-2011



YES!!! Baru habis menjawab paper Electric Circuit 2 untuk Topup Course Exam for EAC requirement. What to do? the 'best' common sentence that can describe this situation.
Hah! Lucky for us to be one of engineering student in U***** because of extra knowledge that need to fulfill the EAC requirement!! Rata-rata yang keluar dewan tadi kebanyakannya mengalami sindrom terkedu dan hanya mampu terseyum tanpa berkata apa-apa. tp post-post kat fb mereka tetap berkata2 tentang kekecewaan yang dihadapi..interesting.

Dari pandangan aku, bagus juga belajar subject2 tambahan nih, bukan senang nak dapat extra knowledge yang diberi percuma tanpa perlu bayar yuran kan? tapi rugi la belajar untuk 4minggu jek, subject interesting but tak dapat nak mendalami betul2. Heh...hampeh kan? niat belajar sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan yang dijanji-janjikan.

p/s: Nak jadikan universiti yang bertaraf antarabangsa, yang diiktiraf dan terbaik, but pengajaran dan pembelajaran yang diterima tak setaraf dengan hasrat yang murni tuh....kalau boleh nak sumbat berapa banyak student dalam satu subjek???.... i think it is not the proper way to obtain international if the facilities are not good enough to ensure that the 'dream' become reality...but still nice try...well done!!!

Ini sekadar luahan perasaan sahaja. Tidak kena mengena antara yang terasa atau pun ingin terasa hati dan perasaan.:P

Kredit to kaie untuk gambar nh....pulun wei study sampai tidoq atas meja! :p

Wednesday, January 5, 2011

Jom Steamboat!!

Tajuk: Jalan-jalan Kaki Makan
Tarikh: 03-01-2011
Tempat: Restoran Steamboat area kangar (nama kedai tak tau)
Menu: Ikut selera masing-masing

Terjah makan kali nih di Restoran steamboat, tak dak makanan lain selain steambot semata-mata. Sebenarnya dah beberapa kali try makan kat sini. Boleh la untuk mencuba makanan-makanan sebegini rupa pada waktu yang agak tenang dan poket berisi.

Harga pun boleh dikatakan standard kedai steamboat la. Harga yang dikenakan untuk seorang adalah RM9.90. Minuman harga asing, dan barang siapa ingin mencuba makanan seafood hendaklah mengeluarkan bajet yang lebih sedikit untuk santapan selera anda sebabnya seafood ikut harga timbang. Makin berat seafood anda ambil, makin berat anda ingin mengeluarkan duit( macam hipotesis).

So untuk suggestion, makan yang menu standard amatlah digalakkan untuk newbie yang baru first time makan di situ. TAPI!! ada peraturan la pulak makan disini. Anda boleh ambil sebanyak yang mungkin makanan yang hendak dimakan,tapi AWAS! sila habiskan makanan tersebut. Tak habis kalu... cas akan dikenakan setiap orang yang datang bersama anda. double payment. So sila berhati-hati sebelum menjamah...bak kata perpatah orang yang tamak selalu rugi..

Overall 4 bintang biberi untuk restoran ini.



Friday, December 31, 2010

Makan Besar di Tahun Baru

Tajuk: Jalan-jalan Terjah makan
Tarikh: 31-12-2010
Tempat: Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu( rasanya kot)

JOM MAKAN!!! Untuk hari terakhir 2010 saje je nak cari kelainan. Kedai makan berdekatan power Plant Kuala Perlis. Nama kedai dah lupe. Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu.(rsenyer la nanti update balik). Suasana kedai biasa ja, kat luar nampak grand dalam standard. Kedudukan restoran adalah di atas air...interesting!( first reason untuk datang makan di sini)

Usha-usha akhirnya membuahkan hasil iaitu sekor ikan Siakap menjadi santapan. Ikan tersebut di belah dua. Sebelah ekor buat bakar sebelah lagi buat masak 3 rasa. Ditambah pula menu-menu yang lain iaitu tomyam campur, dan tidak asing lagi sotong goreng tepung.

Antara jenis-jenis pelangganyang dapat dikenal pasti di restoran ini adalah jenis segerombolan rombongan-rombongan keluarga. Jenis2 yang survive macam kami adalah jarang sekali kelihatan.

Not bad for the first time. Itulah yang dapat dikatakan untuk menu pada terjah kali nih. Walaupun kuah tomyamnya agak 'ceroi' sedikit, but menu lain dapat melindungi kelemahan tomyam tersebut. Harganya berbaloi untuk menu yang diminta.

Overall 3 star diberi untuk restoran tersebut.



termenung memikirkan masalah negara



menunggu dengan penuh harapan



suasana 'kampung'



ikan bakar separuh. edisi jimat!



senyum:)



teruja tengok ikan separuh



no komen..:)