Wednesday, January 5, 2011

Jom Steamboat!!

Tajuk: Jalan-jalan Kaki Makan
Tarikh: 03-01-2011
Tempat: Restoran Steamboat area kangar (nama kedai tak tau)
Menu: Ikut selera masing-masing

Terjah makan kali nih di Restoran steamboat, tak dak makanan lain selain steambot semata-mata. Sebenarnya dah beberapa kali try makan kat sini. Boleh la untuk mencuba makanan-makanan sebegini rupa pada waktu yang agak tenang dan poket berisi.

Harga pun boleh dikatakan standard kedai steamboat la. Harga yang dikenakan untuk seorang adalah RM9.90. Minuman harga asing, dan barang siapa ingin mencuba makanan seafood hendaklah mengeluarkan bajet yang lebih sedikit untuk santapan selera anda sebabnya seafood ikut harga timbang. Makin berat seafood anda ambil, makin berat anda ingin mengeluarkan duit( macam hipotesis).

So untuk suggestion, makan yang menu standard amatlah digalakkan untuk newbie yang baru first time makan di situ. TAPI!! ada peraturan la pulak makan disini. Anda boleh ambil sebanyak yang mungkin makanan yang hendak dimakan,tapi AWAS! sila habiskan makanan tersebut. Tak habis kalu... cas akan dikenakan setiap orang yang datang bersama anda. double payment. So sila berhati-hati sebelum menjamah...bak kata perpatah orang yang tamak selalu rugi..

Overall 4 bintang biberi untuk restoran ini.



3 comments:

Haziq said...

mana la gambar sebelum makan?
nampak pinggan kosong jek..

Muhd Sofi said...

gambar ada kat bayern...dia tak transfer lagi...

Nobita Sensei said...

nampak macam sedap. jom bila2.