Friday, December 31, 2010

Makan Besar di Tahun Baru

Tajuk: Jalan-jalan Terjah makan
Tarikh: 31-12-2010
Tempat: Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu( rasanya kot)

JOM MAKAN!!! Untuk hari terakhir 2010 saje je nak cari kelainan. Kedai makan berdekatan power Plant Kuala Perlis. Nama kedai dah lupe. Restoran Ikan Bakar di Sg. Baharu.(rsenyer la nanti update balik). Suasana kedai biasa ja, kat luar nampak grand dalam standard. Kedudukan restoran adalah di atas air...interesting!( first reason untuk datang makan di sini)

Usha-usha akhirnya membuahkan hasil iaitu sekor ikan Siakap menjadi santapan. Ikan tersebut di belah dua. Sebelah ekor buat bakar sebelah lagi buat masak 3 rasa. Ditambah pula menu-menu yang lain iaitu tomyam campur, dan tidak asing lagi sotong goreng tepung.

Antara jenis-jenis pelangganyang dapat dikenal pasti di restoran ini adalah jenis segerombolan rombongan-rombongan keluarga. Jenis2 yang survive macam kami adalah jarang sekali kelihatan.

Not bad for the first time. Itulah yang dapat dikatakan untuk menu pada terjah kali nih. Walaupun kuah tomyamnya agak 'ceroi' sedikit, but menu lain dapat melindungi kelemahan tomyam tersebut. Harganya berbaloi untuk menu yang diminta.

Overall 3 star diberi untuk restoran tersebut.



termenung memikirkan masalah negara



menunggu dengan penuh harapan



suasana 'kampung'



ikan bakar separuh. edisi jimat!



senyum:)



teruja tengok ikan separuh



no komen..:)



Monday, December 27, 2010

Ada apa dengan result??

Tajuk: Result Tahun 4
Tarikh: 22-12-1010


Rasanya satu tarikh yang menentu mood sesorang pelajar Unimap mahu pun dari tahun 1 ke tahun 4. Nak tak nak, kena la hadapi dengan tabah. Result dikatakan dapat di access pada pukul 9 pg. Tapi bila nak buka link ke online result, macam2 hal berlaku. result keluar separuh la, xdapat nak buka la, network error la.

Nak buat macam mana, semua student tengah access. Tapi bila dah tahu result, macam2 feel duk terbit dari hulu hati. Apa2 pun Alhamdulillah dan tahniah terhadap diri sendiri kerana memperoleh result yang memadai dengan usaha yang diberikan. Meskipun result untuk subject yang dikatakan susah masih lagi diberi kepercayaan untuk lulus dengan bergaya. Syukur ya Allah.

Kepada member2 yang lain tahniah atas kejayaan masing-masing....







Sunday, December 26, 2010

SiAm Episod 2

Tajuk: Jalan-jalan ke Siam lg
Destinasi: klong ngae-Hatyai-Songkla
Tujuan: Jalan-jalan tgk permandangan
Tarikh: 11-Dec-2010
Pengangkutan: Motosikal-(moto Bad ngn moto Buzz)
Ahli: Aku,Busatari, Bayern dan Bad.



Catatan:


Hasil dari idea perancang utama (busatari), kali nh punya trip nk try jauh sket la, ke bandar Songkla iaitu ke Samila Beach. Pergerakan pada pukul 8.00pg dgn menggunakan 2 biji motosikal berkuasa tinggi (he he he) menuju ke sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam. Seperti biasa, dengan pengalaman yg ada dan dibantu oleh ahli2 yg lebih otai, maka untuk melepasi sempadan menjadi perkara yg mudah. Kali ini, Sempadan agak sibuk dgn org kebnyakan yang hendak pergi ke Siam.

Misi Pertama:
Ke Klong-ngae dan usyar barang bundle. Mengambil masa dalam 30 minit agaknyer. Cuaca yang baik sekali untuk berjalan-jalan. Sarapan pagi kali ini adalah bihun sup thai. Rasa mcm lain dari bihun sup Malaysia. Apa-apa pn Alhamdulillah sedap. Sini rmai juga org islam meniaga buka gerai2 mkn. So byk pilihan boleh dibuat.

Misi Kedua:
Ke Hatyai-Pekan yang sibuk. Selepas sesi usyar2 selesai, moh le ke pekan Hat yai plak. Perjalanan mengambil masa lebih 45minit la jugak. Cuaca pada mulanya cerah, tapi hujan sebentar di pertengahan jalan. Hasil daripada penelitian terhadap cara hidup org2 siam nh, undang-undang jalan raya mereka agak longgar berbanding di Malaysia. Kebanyakan mereka naik moto hanya seorang je pkai helmet, yang duduk belakang suma slamber jek 'free hair'. Tu pun naik moto sampai 3org sekali. Tapi yang respek nya pada motosikal diorng, sumanya moto 4 lejang n scooter. Tak nmpk langsung moto yg 2 lejang. Kurang la sket pencemaran udara.

Destinasi pertama adalah di Yamaha Square iaitu tempat dimana moto2 yamaha dipamerkan. Seperti yang disangkakan, tiada moto 2 lejang disini. Kebanyakannya moto2 scooter. Selepas penat usyar2, gerak ke pusat bandar untuk mencari parking. Aktiviti naik pasaraya, ushar2 kedai tepi jalan dan sebagainya dilakukan. Movie2 pawagam diorang semuanya ditranslatekan ke bahasa siam. contoh Harry Potter cakap bahasa Siam...nice!

Misi Ketiga:
Ke Bandar Songkla-bandar tepi laut. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Ternampak satu peristiwa menarik dalam perjalanan. Kalau di Malaysia, Polis traffik berdiri kat tegah2 kawal lalu lintas, di Siam polis berdiri kat tepi tiang traffic light kawal lalu lintas pakai remote button lampu isyarat..haha. Aktiviti di Songkla melawat kawasan tumpuan pelancong seperti samila beach, Tang Kuan Hill, Golden Mermaid dan sebagainya. Rata2 tempat parking suma free. Ada yang berbumbung siap guard jaga tapi free....good!

Kesimpulan: another nice trip!! Ha Ha Ha...





buzz

bayern ngn bad


hehe..da smpai..



samila beach



Tang Kuan Hill



pecut2...


yamaha square


Pergh...


senyum..:)

SiAm episod1




Untuk catatan peribadi:
Tajuk: Trip melancong ke Siam
Destinasi: klong ngae-tempat penjualan barang-barang bundle murah kat blah selatan siam
Tujuan: cari barang-barang bundle yang dikatakan murah(mencari kebenaran kata2 mmber)
Tarikh: 30-10-2010
Ahli: Aku, Buzz, Bob




Pergerakan pada pukul 7.30 pg menggunakan motosikal no plat PHQ6959, seramai 3 orang ahli(termasuk aku le..) gerak la ke sempadan siam sebelah bukit kayu hitam...pertama kali keluar malaysia pkai moto....terkaget sebentar ....tapi dengan bantuan ahli2 yg lain yg agak berpengalaman, dapat la melepasi sempadan sebelah malaysia, dan juga sebelah siam. Suasana agak legang sedikit, mungkin awal pagi rmai yang x smpai lagi agaknyer.

MISI pertama: cari Money changer di Danok....lepas sempadan sikit je... tak susah cari....misi selesai!

MISI kedua: gerak ke klong ngae- mengambil masa dalam 30minit dari sempadan disusuli dengan hujan. Misi selesai dengan keadaan basah...(hujan la katakan)

MISI ketiga: mencari kedai mkn dan ronda kedai bundle....untuk makluman...kat siam nih agama diorang bukan islam...so kena la berhati2 sket cari kedai mkn nh...kang silap msuk kedai naya ja...kat sini ramai juga yang reti cakap melayu upernyer...tapi ala2 kecek klate la sket...so sesi jual beli pun berjalan agak lancar....misi selesai dlm jam 12.30tgh.

Pulang melalui sempadan padang besar....sempadan agak sibuk dan mengalami sedikit kesukaran...smpai kolej kediaman dlm pukul 2.30ptg.....

Kesimpulan: nice trip....hahahahha