Saturday, November 21, 2015

Momento dari Timur Tengah ke Laut China Selatan


Hari: Sabtu
Tarikh: 21 November 2015
lokasi: Al-Wukair/Jertih

Coretan ni hanya untuk tatapan aku pada kemudian hari. Hari ni hari yang cukup mendamaikan perasaan. Tersengih sorang-sorang dalam bilik aku yang kecik ni meminta update moment-moment dari family di malaysia untuk tatapan aku kat sini. Walaupun jarak waktu 5 jam awal dari Malaysia, aku gagah jugak bercengang mata  tidak terbongkang tidur untuk sama-sama dengan mereka kat sana.

Alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar. Moga dengan usaha ini harap dapat lah aku beristiqomah menjayakan misi aku untuk tahun depan. :)

Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada family yang sangat bertungkus lumus menjayakan event ni. Maaf dipohon kerana hanya dapat tolong dari jauh.

Kepada yang jauh di sana tapi dekat di hati, tahniah dan terima kasih :)


Dari Jauh,

Muhd Sofi
Al-Wukair | Qatar


Sunday, November 15, 2015

Memori dari Qatar

Assalamualaikum,

Dah bertahun lamanya sejak aku tinggalkan blog ni dengan cerita-cerita basi yang dulunya mengisi masa bosan aku. Agaknya ada tak lagi kawan-kawan blog yang masih aktif mencari feed blog masing-masing untuk part time income. ha ha ha.


Tetiba je aku teringat balik blog reject ni dan tergelak sorang-sorang baca balik post-post bosan aku yang lama.



Banding aku yang dulu, aku pun dah bekerja, la kat Qataq pulak tu. Angan-angan aku dulu nak jadi seorang engineer dah dapat, nak merasa duit gaji sendiri  pun dah dapat, keja oversea pun dah rasa... Alhamdulillah rezeki dari Allah. Tapi makin jauh aku pergi, makin kerdil aku rasa diri aku ni.

Dulu time student, berasa syok dan tak sabar sangat nak kerja haha. Tapi bila dah kerja baru tahu bukan senang nak senang.


banyak yang dah berubah... ya termasuk la diri aku ni. masa banyak mengajar aku erti kehidupan. cewah ayat hehe..tapi betul setiap hari akan ada cabaran yang akan aku lalui untuk mematangkan kehidupan diri aku. aku harap aku dapat beristiqamah dalam mencari kehidupan yang aku nak. Ni kisah aku, pengalaman aku. suka hati aku. haha


Dulu time keja kat Malaysia, aku duk pikir syok kalau dapat kerja kat luaq. Tapi sejak kerja kat Qataq ni, aku duk berasa MALAYSIA ni syok sangat. tak best betui duk Qataq ni haha!. Duk pikir balik betui la orang cakap, manusia ni tak pernah nak puas! so padan muka aku! hahaha....


Syok gak sekali sekala dapat menulis balik dalam blog reject ni.


Sekadar cebisan memori dari aku yang sekarang. :)


Regards,

Muhd Sofi | Qatar 15-11-2015