Tarikh: 17-01-2011
Pagi nih tetiba lapar la pulak. Aku pun pergi la keluar cari makan. Jam dah menunjukkan dalam pukul 2.10 a.m. terjumpa kedai burger area Pekan Kuala Perlis. 'burger daging satu bang!'. Bro gerai burger tu pun menjawab ' Okeh beres!'. Sambil menunggu burger tersebut siap disatukan, aku ternampak sesuatu yang telah menyebabkan aku terfikir kisah-kisah time aku kecik dulu. nak tahu? Gambar poster Almahrum Sultan kedah yang ke 25, Sultan Abdul Hamid Halim.
Masa aku kecik dulu, aku pernah terfikir mengapa kebanyakan kedai-kedai sekitar negeri Kedah kebanyakannya mempamerkan gambar poster Sultan Kedah yang ke 25. Memang la bagus kita letak gambar pemimpin kita. tapi kenapa mesti letak gambar Sultan Abdul Hamid? kenapa tak letak Sultan-Sultan yang lain? Satu persoalan yang telah dilontarkan kepada abah aku.
Dan beliau menjawab, kononnya pada masa pemerintahan Sultan tersebut, apabila Sultan mencemar duli , singgah ke kedai-kedai yang ingin disinggah, maka kedai tersebut akan 'laku'. bermakna kedai tersebut dapat 'ong'. Maka rumor-rumor tersebut telah tersebar dengan meluasnya ke seluruh pelusuk negeri kedah, mana-mana kedai yang tidak disinggahi oleh baginda Sultan mula memikirkan cara bagaimana hendak mendapat 'ong' untuk kedai mereka. Oleh itu, akibat daripada hasil-hasil pemikiran kuno, maka terbitlah cara yang dikatakan boleh melariskan kedai mereka, iaitu meletakkan gambar Sultan Kedah pada masa itu. Letak gambar pun jadi lah...dan perbuatan-perbuatan ini telah menjadi ikutan sehinggalah ke hari ini.
Tapi mungkinkah cara-cara tersebut boleh memesongkan akidah islam? iaitu mempercayai benda-benda lain selain dari Allah S.W.T yang boleh melariskan rezeki mereka? Bukankah itu telah menjadi syirik namanya? dan bukankah hukumnya mempercayai syirik adalah berdosa besar?? Nauzubillah...moga-moga dapatlah kita menhindari perkara-perkara yang dapat memesongkan akidah kita. Wallahualam bissawab.
klik sini untuk yang nak tahu maksud syirik dengan lebih mendalam.
Dalam al-Quran(rujukan: tafsir al-Quran ) pun dah menyebut:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." surah az-zumar (39):65
Renung-renungkan..:)