Sunday, July 6, 2008
Fadhilat Bulan Rejab
Alhamdulillah...akhirnya bulan Rejab datang lagi dgn seribu ketenangan dan fadhilatnya..marilah sama-sama kita memperbayakkan amal ibadat kita dalam bulan yg penuh kesyukuran nh. Dlm bulan Rejab nh amalan yg tebik ialah berpuasa. So, mari sahabat2 kita berpuasa di dlm bulan Rejab nh. Byk fadhilat yg kita boleh dapat sebab bulan Rejab adalah bulan yg sangat dimuliakan dalam Islam.
Antara fadhilat yg kita boleh dapat:-
>Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
>Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
>Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
>Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
>Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
>Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
>Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
>Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
>Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
>Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
>Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
>Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
>Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Antara kelebihannya yg lain ialah
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Byk lagi fadhilat di dalam bulan Rejab nh.
So dari sini kita boleh nampak berapa besarnya fadhilat yg kita boleh dapat dlm bulan Rejab nh.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Inilah keistimewaannya keagungan bulan Rejab yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. Kita selaku umat Islam perlulah bersyukur dgn kurniaan yg diberikan oleh Allah di dalam bulan Rejab nh.
kesimpulannya, bulan Rejab yg penuh keberkatan ini haruslah kita isi dengan amal ibadah sbb pintu rahmat terbuka luas terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh untuk bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Sama-samalah kita beramal.Insyaallah.:-)
Labels:
information
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment